1st AKTIVITI ENSTACC - Berkelah di Sungai Pinang

Berkelah di Sungai Pinang

Aktiviti ENSTACC yang pertama telah memilih Sungai Pinang sebagai Lokasi perkelahan pada 29 Januari 2011...


Jam 9.15 pagi - berkumpul dan menanti kedatangan ahli-ahli ENSTACC
Perjalanan dari Tol Sungai Besi ke Sungai Pinang Mengambil masa hampir dua jam,
Pada jam 11.45 pagi, ahli-ahli kelab telah sampai ke destinasi yang di tuju.
 Destinasi - Sungai Pinang 1

 Destinasi - Sungai Pinang 2

 Ahli-ahli ENSTACC yang hadir pada perkelahan di Sungai Pinang
SABTU 29/01/2011 - 12.00 tengahari.



Ahli-ahli perempuan ENSTACC yang hadir bergambar..





Pemasangan khemah, penyediaan tapak untuk berBBQ buat para ahli..
Kelihatan ahli-ahli kelab sibuk membuat persediaan memasak dan menyediakan bahan-bahan makanan.

 Sementara menanti makanan siap disediakan, ahli-ahli yang lain sudah pun berendam di dalam air..
Deras air dan suasana sungai telah  menarik perhatian para gadis ENSTACC untuk merendamkan diri mereka terlebih dahulu...

Jejaka-jejaka ENSTACC sibuk mengolekkan ayam dan sotong untuk santapan tengahari ahli..
Kelihatan anak dan ayah berposing didepan kamera (anak borek bapak kurus.. hehehe)
Makanan yang dibakar kelihatan sungguh lazat..

Masa untuk makan tengahari, dimana semua ahli mula naik keatas daratan untuk menjamah makanan..
Kegembiraan telah terpancar pada wajah-wajah ahli, dimana setiap ahli menikmati hidangan makanan mereka dengan berselera.. Disini dapat kita lihat betapa gembira pada ahli yang membawa keluarga mereka makan bersama dan bergurau senda sesama mereka.. Ikatan kekeluargaan makin erat malah hubungan sebagai rakan juga betambah teguh dalam aktiviti seperti ini..

Pelbagai ragam ahli-ahli yang bermandi di Sungai Pinang.

Hujan turun pada jam 4.13 ptg dan keadaan sungai untuk aktiviti bermandi tidak sesuai buat ahli, maka semua ahli telah naik dan bersiap untik menyalin pakaian.. 
Selepas selesai bertukar pakaian, semua ahli telah berkumpul dan berbincang sebelum bertolak balik ke rumah masing-masing..


Walaupun Aktiviti berkelah telah pun tamat pada jam 5.05 ptg, tetapi beberapa orang ahli kelab telah membuat keputusan untuk naik ke Genting Highlands yang jaraknya hanya beberapa belas Kilometer dari Sungai Pinang dan ini bukanlah termasuk didalam aktiviti kelab tetapi untuk membawa keluarga dan kawan-kawan berjalan diatas sana.. Mereka membuat keputusan untuk singgah di kedai makan terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan menuju ke puncak Genting Highlands... 

Pada ketua AJK ENSTACC (Mr. Zalaz), Presiden ENSTACC salute kepada anda kerana beliau berjalan di Genting dengan hanya memakai seluar Hawai dan selipar bersahaja. Memang terbaik la, tak pernah dibuat orang yang naik ke Genting Highlands.. huhu
 Hanya aktiviti berjalan-jalan dan mengambil gambar sahaja ketika di Genting Highlands pada petang itu.. Pada jam 7.10 kami semua turun untuk pulang ke rumah..

P/S:- Kepada semua Ahli-ahli ENSTACC, ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli yang telah menjayakan aktiviti pertama ini dengan jayanya.. Tanpa anda sokongan dan kerjasama dari anda semua program ini tidak akan berjaya. Terima kasih kepada Encik Anuar sekeluarga kerana menyubangkan makanan ketika aktiviti pertama ini, tidak lupa kepada Cik Nash yang telah memerap ayam dan sotong. Juga kepada Cik Eja, Puan Aryn dan Encik Is. Encik Raja, Encik Zalaz  dan Encik Faiz yang meminjamkan kamera kepada kelab dan serta semua terlibat yang telah mengembeling tenaga pada aktiviti pertama ini. Tetapi aktiviti kita bukan hanya setakat disini sahaja kerana masih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan menyusul selepas ini, diharapkan kepada semua ahli dapat memberikan kerjasama sebagai mana aktiviti yang pertama ini. 

Perhatian kepada semua Ahli Enstacc :



TENTATIF PROGRAM


TARIKH DAN MASA
PERKARA
7.30 PAGI
8.30 PAGI
9.00 PAGI

12.00 TGH HARI


3.00 PETANG
4.00 PETANG
BERKUMPUL DAN SARAPAN PAGI
TAKLIMAT  DAN BERTOLAK
SAMPAI KE LOKASI

REHAT DAN MAKAN TENGAHARI


ACARA PENUTUP DAN BERKEMAS
BERTOLAK BALIK

Kepada Semua AJK yang telah di amanahkan tugas-tugas kepada anda semua seperti di bawah:

BIRO
TUGASAN
Makanan





Cik Nash dan Cik Eja
Aktiviti

 Y.M Raja Shamsul dan Puan Aryn


Logistik

 Encik Is dan Encik Bedari


Keselamtan

 Encik Anuar dan Encik Zalaz


Tugas Tugas Khas

 Encik Hanafi dan  Cik Aisyah




Sekiranya ada masalah sila hubungi  Ketua AJK = Mr. Zalaz atau Y.M Raja Shamsul.

TINJAU-TINJAU SG SENDAT/SG PINANG

Perjalanan ke Sungai Sendat


 Sungai Sendat

Sungai Sendat 1

Sungai Sendat 2


Sungai Sendat 3


Sungai Sendat 4



Sungai Sendat 4


Perjalanan ke Sungai Pinang 

 
Perjalanan ke Sungai Pinang


Sungai Pinang 1


Sungai Pinang 2

Sungai Pinang 3

Sungai Pinang 4


Kesimpulan: Setakat ini Sungai Pinang dan Sendat telah menjadi pilihan untuk aktiviti perkelahan buat aktiviti akan datang(29/01/2011), setelah meninjau sungai-sungai diatas dan tapak diantara dua sungai ini adalah yang sesuai bagi menjalankan aktiviti kelab. kawasan untuk BBQ dan tempat berkelah juga sesuai. Maka satu 'syura' akan diadakan semula untuk mendapatkan keputusan ahli kelab dalam mencari tempat perkelahan yang sesuai.

RENUNGAN BERSAMA ENSTACC


 --------------------------------------------------------------------------------------------

 “Waktu memang tak terbatas – tapi waktu kita terbatas

Terkadang kita terlalu disibukkan oleh hal-hal yang begitu remeh sehingga kita terlupa untuk segera menyelesaikan tugas besar yang sebetulnya telah menunggu kita untuk diselesaikan. Cuba kita muhasabah diri apa yang telah kita lakukan dalam 1 (satu) bulan ini, mungkin ada beberapa hal yang semestinya bisa diselesaikan dengan cepat di awal atau pertengahan bulan. Kebanyakan manusia memang demikian adanya sehingga banyak hal yang terlewat dari kita semua.

PENGUMUMAN TERBARU


Entertainment Staff Community Club @ ENSTACC

Pada 12 Januari 2011 jam 5.15 petang telah diadakan satu mesyuarat bagi Ahli kelab dan pelbagai perkara telah dibincangkan. 

Perubahan nama kelab dan logo yang telah dipersetujui ramai untuk ditukarkan kepada “ Kelab Komuniti Hiburan Staf atau Entertainment Staff Club Community atau lebih ringkasnya ‘ ENSTACC ’. Maka dengan ini segala perubahan akan dibuat dengan kadar segera, dan pihak atasan memerlukan bantuan ahli-ahli kelab dalam mengemaskini segala perubahan yang diperlukan.

P/S: Kepada Setiausaha dan Penolong  sila kemukan minit mesyuarat pada Naib Pengerusi; Setiausaha/Penolong Sosial dan Sukan agar dapat mengemukakan takwim aktiviti kelab pada mesyuarat akan datang. Ketua AJK dan penolong diminta untuk mengemukan permainan pada aktiviti akan datang harap maklum.

Dua Contoh Baju ENSTACC


SAMPLE BAJU ENSTACC 1


SAMPLE BAJU ENSTACC 2


Disini ada dua contoh baju dan pihak Kelab memohon kepada semua Ahli Kelab boleh memilih dengan memberikan  komen-komen serta ulasan anda pada post ini, kerjasama dan perihatin dari anda semua amat di hargai.

TINJAU-TINJAU JERAM TOI


Tiga orang Ahli Kelab ENSTACC telah pergi ke kawasan Jeram Toi untuk meninjau lokasi perkelahan yang menarik. Kalau Persembahan terbaik AJL25  jatuh pada abang Faizal Tahir yang terjun dalam air, tapi kawan-kawan kita ini pula terjun dalam air di Jeram Toi...


Perjalanan Ke Jeram Toi

 Nasi Lemak Jeram Toi

 Pintu Masuk Jeram Toi


 Peta Jeram Toi

 Banyak Tangga di Jeram Toi

Jeram Toi 1

Jeram Toi 2

 Jeram Toi 3

Jeram Toi 4

 Bebaik Naik Tangga Bang


 Jernih Air Jeram Toi

Poyo Mamat ni

Mandi-mandi, jangan tak mandi.. 

Seronok betol bang.. huhu


Kesimpulan: Setakat ini Jeram Toi masih lagi dalam pilihan tetapi bukanlah pilihan pertama kerana untuk aktiviti perkelahan memerlukan kawasan yang lebih besar untuk ahli-ahli kelab., terdapat satu sahaja kawasan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Aktiviti perkelahan bukan sahaja untuk mandi dan bersuka-suka tetapi kawasan untuk BBQ jugak perlu ada dalam aktiviti perkelahan Kelab. Maka satu 'syura' akan diadakan semula untuk mendapatkan keputusan ahli kelab dalam mencari tempat perkelahan yang sesuai.



PENGUMUMAN BUAT SEMUA AHLI-AHLI ENSTACC


 KELAB KOMUNITI HIBURAN STAF


  1. Memohon kepada semua Ahli Kelab menyubangkan idea atau memberikan komen-komen serta ulasan anda di dalam Blog ini, kerjasama dan perihatin anda amat di hargai.
  2. Setiap aktiviti -aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang  akan di kemaskini dngan kadar segera di laman sesawang Kelab.
  3. Pada Halaman AKTIVI dan GALERI masih belum dapat dikemaskini lagi kerana masih ada kenyataan yang pelu dibincangkan dengan ahli-ahli kelab, SETIAUSAHA dan SETIAUSAHA SOSIAL/SUKAN Kelab akan memastikan setiap aktiviti-aktiviti yang telah diminitkan didalam mesyuarat perlu dikemaskini untuk diletakkan didalam laman sesawang Kelab dengan kadar segera bagi makluman ahli-ahli kelab yang lain.
  4. Kepada Ahli kelab yang belum lagi mendapat maklumat tentang aktiviti-akiviti yang akan dijalankan perlu merujuk kepada laman sesawang Kelab. 


Sekian Terima Kasih,

Pengerusi Kelab ENSTACC.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner