1st AKTIVITI ENSTACC - Berkelah di Sungai Pinang

Berkelah di Sungai Pinang

Aktiviti ENSTACC yang pertama telah memilih Sungai Pinang sebagai Lokasi perkelahan pada 29 Januari 2011...


Jam 9.15 pagi - berkumpul dan menanti kedatangan ahli-ahli ENSTACC
Perjalanan dari Tol Sungai Besi ke Sungai Pinang Mengambil masa hampir dua jam,
Pada jam 11.45 pagi, ahli-ahli kelab telah sampai ke destinasi yang di tuju.
 Destinasi - Sungai Pinang 1

 Destinasi - Sungai Pinang 2

 Ahli-ahli ENSTACC yang hadir pada perkelahan di Sungai Pinang
SABTU 29/01/2011 - 12.00 tengahari.



Ahli-ahli perempuan ENSTACC yang hadir bergambar..





Pemasangan khemah, penyediaan tapak untuk berBBQ buat para ahli..
Kelihatan ahli-ahli kelab sibuk membuat persediaan memasak dan menyediakan bahan-bahan makanan.

 Sementara menanti makanan siap disediakan, ahli-ahli yang lain sudah pun berendam di dalam air..
Deras air dan suasana sungai telah  menarik perhatian para gadis ENSTACC untuk merendamkan diri mereka terlebih dahulu...

Jejaka-jejaka ENSTACC sibuk mengolekkan ayam dan sotong untuk santapan tengahari ahli..
Kelihatan anak dan ayah berposing didepan kamera (anak borek bapak kurus.. hehehe)
Makanan yang dibakar kelihatan sungguh lazat..

Masa untuk makan tengahari, dimana semua ahli mula naik keatas daratan untuk menjamah makanan..
Kegembiraan telah terpancar pada wajah-wajah ahli, dimana setiap ahli menikmati hidangan makanan mereka dengan berselera.. Disini dapat kita lihat betapa gembira pada ahli yang membawa keluarga mereka makan bersama dan bergurau senda sesama mereka.. Ikatan kekeluargaan makin erat malah hubungan sebagai rakan juga betambah teguh dalam aktiviti seperti ini..

Pelbagai ragam ahli-ahli yang bermandi di Sungai Pinang.

Hujan turun pada jam 4.13 ptg dan keadaan sungai untuk aktiviti bermandi tidak sesuai buat ahli, maka semua ahli telah naik dan bersiap untik menyalin pakaian.. 
Selepas selesai bertukar pakaian, semua ahli telah berkumpul dan berbincang sebelum bertolak balik ke rumah masing-masing..


Walaupun Aktiviti berkelah telah pun tamat pada jam 5.05 ptg, tetapi beberapa orang ahli kelab telah membuat keputusan untuk naik ke Genting Highlands yang jaraknya hanya beberapa belas Kilometer dari Sungai Pinang dan ini bukanlah termasuk didalam aktiviti kelab tetapi untuk membawa keluarga dan kawan-kawan berjalan diatas sana.. Mereka membuat keputusan untuk singgah di kedai makan terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan menuju ke puncak Genting Highlands... 

Pada ketua AJK ENSTACC (Mr. Zalaz), Presiden ENSTACC salute kepada anda kerana beliau berjalan di Genting dengan hanya memakai seluar Hawai dan selipar bersahaja. Memang terbaik la, tak pernah dibuat orang yang naik ke Genting Highlands.. huhu
 Hanya aktiviti berjalan-jalan dan mengambil gambar sahaja ketika di Genting Highlands pada petang itu.. Pada jam 7.10 kami semua turun untuk pulang ke rumah..

P/S:- Kepada semua Ahli-ahli ENSTACC, ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli yang telah menjayakan aktiviti pertama ini dengan jayanya.. Tanpa anda sokongan dan kerjasama dari anda semua program ini tidak akan berjaya. Terima kasih kepada Encik Anuar sekeluarga kerana menyubangkan makanan ketika aktiviti pertama ini, tidak lupa kepada Cik Nash yang telah memerap ayam dan sotong. Juga kepada Cik Eja, Puan Aryn dan Encik Is. Encik Raja, Encik Zalaz  dan Encik Faiz yang meminjamkan kamera kepada kelab dan serta semua terlibat yang telah mengembeling tenaga pada aktiviti pertama ini. Tetapi aktiviti kita bukan hanya setakat disini sahaja kerana masih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan menyusul selepas ini, diharapkan kepada semua ahli dapat memberikan kerjasama sebagai mana aktiviti yang pertama ini. 

0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner