Bowling LSCC

Perhatian kepada semua ahli-ahli kelab LSCC, perlawanan bowling dalaman antara ahli-ahli kelab akan diadakan pada hujung minggu ini. Beberapa lane bowling telah ditempah dan setiap seorang akan dikenakan bayaran RM15. Bayaran boleh dibuat pada bendahari mulai esok atau sebelum tarikh dibawah.


Tempat : MINES Play@Zone - MINES Bowl Bowling Centre
Tarikh : 27 Febuari 2011
Masa : 2.00 Ptg

P/S : - SETIAP AHLI DIKEHENDAKI MEMBAWA STOKIN KE SANA... 

MARI MAIN BOWLING !!!


RADIO ONLINE ~ FUNKER.FM


FUNKER.FM 
Kepada Semua ahli-ahli kelab LSCC, banner diatas atas adalah kepunyaan laman web http://www.funker.fm  disini  ingin memperkenalkan sebuah laman sesawang Internet Radio dalam Dunia hiburan tanpa sempadan. di dalam Malaysia. Di sini DJ-DJ funker.fm yang mantap dan juga tidak kurang hebatnya dengan DJ-DJ yang ada di dalam Malaysia.. JOM LAYAN..!!

PENGUMUMAN BUAT SEMUA AHLI-AHLI ENSTACC

Kepada semua ahli-ahli kelab, saya selaku Presiden kelab ENSTACC lama akan mengumukan nama baru bagi kelab ENSTACC. Diatas sebab-sebab yang tertentu dan pergolakan politik dalaman dan luar kelab, maka nama kelab akan ditukar diatas persetujuan ramai. Ini kerana semua ahli tidak mahu ada masalah yang menggangu perjalanan kelab yang mula bertapak dalam mengejar objektif dan misi kelab ini. Maka dengan ini, setelah diadakan musyawarah dan perbincangan beberapa kali bersama-sama ahli-ahli jawatan tertinggi dan ahli kelab; Nama kelab ini telah ditukar kepada LEGACY SOCIAL COMMUNITY CLUB @ KELAB KOMUNITI LEGASI SOSIAL atau singkatannya adalah LSCC.

Logo baru jugak telah siap direka dan selepas ini beberapa perkara didalam rang undang-undang kelab juga akan ditukar dalam masa yang terdekat. Sebagaimana yang telah dirancangkan dan dibincangkan dalam minit mesyuarat lalu, kelab juga akan terus aktif tidak kira apa jua halangan dari ldalam mahupun luar. Didalam masa yang sama, beberapa rombakan akan berlaku pada Ahli-ahli jawatankuasa pada musyawarah akan datang. Tidak lupa kepada dua orang ahli yang baru mendirikan rumahtangga pada Cuti Hari Raya Cina ini, semua ahli kelab mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia dalam mendirikan rumahtangga.. 

Salam kepada semua dan akhir kata, 

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA AHLI-AHLI KELAB KOMUNITI LEGASI SOSIAL

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner